Friday, August 13, 2010

Spirulina, bulan puasa, dan ibu-ibu

Sempena bulan bulan puasa ini saya ingin kongsikan kebaikan salah satu produk dari Insaan - Spirulina Plus. Mungkin tidak ramai yang tahu kebaikan spirulina, tapi tahukah anda kenapa masih ramai yang mencari-cari spirulina terutamanya menjelang Ramadhan? Seperti Ramadhan tahun-tahun sebelumnya, permintaan dari pelanggan terhadap produk spirulina tetap meningkat malah jauh lebih tinggi dari permintaan produk gamat asli. Kerana dengan hanya pengambilan 5 biji spirulina (3 grams) pada waktu sahur, membantu membekalkan nutrien dan sejumlah besar vitamin B12 dan B Complex, zat besi, sumber mineral, beta-karotin, dan asid gamma-linolenic dalam diet seharian. Beberapa testimoni saya paparkan di sini berkenaan kebaikan spirulina terutamanya kepada golongan wanita dan ibu-ibu di bulan puasa. Ramai golongan ibu yang mengadu masalah lemah badan dan tidak bermaya, malah jumlah susu juga menjadi sedikit di bulan puasa. Mereka telah mengamalkan pengambilan spirulina sepanjang diet mereka di bulan puasa dengan pengambilan pada waktu sahur dan berbuka.

raihannur
"all mommies..just nak share idea..saya makan supplement spirulina..try berpuasa 3 hari..ALHAMDULLILAH...susu banyak dan bertenaga even baby menyusu sbelah petang.."

ibu_arief
"saya pun consume juga. daripada sebelum mengandung sehingga sekarang (anak dah 3 bulan). consume 10 biji sehari. 5 pagi 5 malam. terutama bagi ibu2 yg mengandung yg selalu hadapi low hB, which saya pun pernah alami jugak. pernah sekali drop bnyk sgt (around 9)..nurse pun dah bising2 dah..saya terus tingkatkan quantiti dari 10 biji sehari kpd 30 biji."

spirulina ni berfungsi untuk menambahkan darah..alhamdulillah seminggu lepas tu darah naik pd 12.nurse pun terkejut n tanya u makan apa ni? sayapun ckp jela mkn spirulina. selain tambah darah, function dia juga untuk kekalkan badan kite beralkali. thats why badan kita boleh bertenaga especially bila puasa. terutama musim wabak merbahaya ni, sebab badan yg berasid akan memudahkan kerja virus2 tu..

Syikin72
"Sebenarnya syikin pun antara yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat. Syikin kawin tahun 2000, lepas setahun tak dapat baby, mula buat treatment. Memula kat Pusrawi. Masa buat blood test, confirm syikin tak subur. Setahun treatment kat Pusrawi dengan ambik clomid, tak gak ngandung. Masa tu berat dari 55kg dah naik 65kg. Lepas buat HSG, syikin ngandung tapi baby meninggal dalam perut masa usia kandungan 5 1/2 bulan, masa tu bulan January 2003.

Bulan Jun 2003 syikin buat treatment kat Pusat Pakar HUKM . Treatment dia bermula dengan pil subur – clomid. Setiap bulan dari hari ke 2 sampai ke 6 syikin ambik clomid 2 biji sehari. Pas tu start hari ke 10, 12, 14, 16 dan 18 syikin akan berulang lagi kat HUKM untuk scan – dia akan buat `follicle tracking’, ukur size telur kita. Selama tiga bulan berturut-turut buat treatment ni, dr dapat trace yang telur syikin kecik-kecik je… menurut dr, biasanya kalau ukuran telur kita 20mm, kira normal dan berpotensi untuk menjadi benih tapi telur syikin yang paling besar pun 18mm je. Bila telur ni dah cukup matang, doctor bagi syikin injection untuk pecahkan telur dan 36 jam lepas injection, kita bersama dengan suami. Mungkin takde rezeki agaknya, 3 kali treatment tak gak mengandung. Lepas tu doktor rekemen syikin buat IUI. Memandangkan masa tu dah nak puasa (tahun lepas), syikin pun bercadang nak buat treatment tu lepas raya.

Masa bulan puasa tu syikin ambik Spirulina sebelum makan sahur dan waktu berbuka. Dalam pada tu, waktu subur syikin bersama gak dengan suami dari hari ke 12, 14, 16, 18 & 20. Lepas raya syikin tunggu time period sebab nak sambung treatment kat HUKM. Tunggu punya tunggu tak gak period. Dah masuk 3 minggu, syikin pun gi le klinik buat pregnancy test, nak buat sendiri tak confident. Masa doctor cakap congratulation puan, confirm pregnant, terkejut besar syikin.. memula pelik gak sebab bulan puasa tu syikin tak buat apa-apa treatment pun. Bila pikir balik, syikin rasa mungkin ini kesan pengambilan spirulina secara berterusan sepanjang bulan puasa. 

Bulan Ogos lepas syikin dah selamat bersalin dan dapat baby girl. Bila menjelang bulan puasa tahun ni, syikin teringat balik usaha syikin tahun lepas yang mana Alhamdulillah, tidak sia-sia. Bila taip pengalaman ni, rasa nak menitiskan air mata je sebab rasa bersyukur sangat atas kurniaan allah menganugerahkan zuriat, berkat bulan ramadhan lepas. Kepada kengkawan yang ada masalah kesuburan tahap seperti syikin, tak salah kalau nak mencuba cara syikin terutama menjelang puasa ni. Kita sama-sama kongsi pengalaman sebab syikin paham sangat perasaan kengkawan semua terutama bila raya orang tanya `hai, takde lagi ke???’... pedih hati tuhan je yang tahu..."

Diharap perkongian kali ini dapat memberikan sedikit info yang bermanfaat bersempena dengan bulan puasa pada tahun ini. Saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa untuk singgah.. Jika mempunyai pertanyaan berkenaan dengan produk boleh hubungi saya di sini atau melalui ruangan chat sekiranya saya online. Assalamualaikum.

Fakta Spirulina: Spirulina kini telah diisytiharkan sebagai makanan tambahan yang terbaik di dunia oleh World Health Organization (WHO). Spirulina ialah plank-tonic blue-green algae yang mengandungi profil nutrisi yang tinggi serta menakjubkan. Ia merupakan sumber semulajadi yang kaya dangan vitamin B-12 yang mencecah sebanyak 70% asid amino dan mengandungi keseluruhan spektrum karotin semulajadi dan xanthophylls phyto -pigment. Makanan semulajadi ini dapat membantu menjana tenaga, melancar serta membersihkan peredaran dalam tubuh badan kita. Dari artikel saintifik yang dikeluarkan sejak beberapa tahun dahulu telah menunjukkan bahawa Spirulina ialah makanan yang selamat dan padat dengan nutrisi.

0 comments:

Post a Comment